Pembuat Gambar Visa New Zealand Dalam Talian
Dapatkan gambar visa New Zealand dalam talian anda dengan cara yang kos efektif
Dapatkan gambar visa New Zealand dalam talian anda dengan cara yang kos efektif
Permohonan visa anda boleh ditolak jika gambar visa anda tidak memenuhi standard kerana dimensi, latar belakang atau peraturan lain yang tidak tepat. Setiap negara amat ketat dengan keperluan ini. Berikut ialah beberapa cadangan untuk anda.
Cahaya boleh menjadi cabaran besar yang menghalang gmbar visa anda daripada diterima. Memandangkan kita tidak mempunyai banyak peralatan fotografi profesional seperti kamera digital atau lampu isian, kesilapan berkaitan dengan cahaya mudah berlaku. Oleh itu, beri perhatian yang khusus kepada cahaya semasa mengambil gambar anda.
Rambut anda bukanlah faktor utama yang menghalang anda daripada mendapatkan gambar visa yang bolleh diterima selagi ia tidak menutup muka anda. Sudah tentulah anda boleh membiarkan rambut anda terletak jatuh, dengan syarat ia tidak menutup telinga anda. Menyelitkannya ke belakang telinga anda ialah pilihan yang bijak. Bagi warna rambut anda, ia akan mempengaruhi pilihan warna latar belakang anda. Oleh itu, jangan memilih warna latar belakang yang serupa dengan warna rambut anda. Berkenaan rambut hadapan pula, anda perlu memastikan ia tidak akan menutup mata atau kening anda. Anda boleh menyepitnya dengan penyepit rambut.
Jika anda ingin ke New Zealand, anda hendaklah memohon visa terlebih dahulu. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah ini.
1. Tentukan jenis visa yang perlu anda mohon. Jika anda ingin melancong ke New Zealand, mohon sahaja visa pelawat. Jika anda perlu belajar di sana, mohon visa pelajar.
2. Mohon visa anda secara dalam talian.
3. Sediakan semua dokumen untuk permohonan anda. Dokumen tersebut hendaklah sah untuk membuktikan bahawa anda layak memohon visa.
4. Buktikan identiti anda. Anda perlu menyediakan dua gambar berwarna dan pasport yang sah selama sekurang-kurangnya 3 bulan selepas tarikh anda bercadang untuk kembali dari New Zealand.
5. Mohon visa anda. Muat naik semua dokumen yang telah anda kumpulkan.
6. Terima visa anda. Apabila permohonan anda diluluskan, anda boleh menerima visa anda.
Jika anda ingin memohon visa secara luar talian, anda perlu menyediakan gambar anda yang telah dicetak. Oleh itu, mencari tempat yang boleh mencetak gambar anda juga adalah penting. Anda boleh mencetak gambar anda di tempat yang disenaraikan di bawah.
Nilai: 4.71 - bilangan suara: 0